Tahap Penyakit Buah Pinggang

Ini yang perlu anda tahu mengenai tahap penyakit buah pinggang
Dunia perubatan moden membahagikan lima tahap utama penyakit buah pinggang.
Semua tahap ini dikaitkan dengan tahap fungsi buah pinggang dan tahap kerosakan organ ini.
Tahap penyakit buah pinggang dikira berdasarkan anggaran kadar penapisan glomerular atau lebih dikenali sebagai “estimated glomerular filtration ratee” (eGFR).
Glomerular merujuk kepada satu struktur kecil dan halus di dalam buah pinggang yang berfungsi menapis darah untuk membentuk air kencing.
Ia juga mengambil kira penilaian tahap “creatinine serum” (SCr), iaitu sejenis ujian yang digunakan bagi melihat tahap keterjejasan fungsi buah pinggang.
Mari fahami semua tahap berkenaan untuk membolehkan kita membantu mencegah atau menolong individu lain mendepani masalah kesihatan yang digeruni ini.
Lima tahap penyakit buah pinggang ialah:
Tahap 1
- Tahap awal kerosakan buah pinggang
- Bacaan eGFR (ml / min) :90 dan ke atas
- Bacaan SCr(mg/dL): 0
Pada tahap ini, doktor akan mengenal pasti punca buah pinggang rosak serta memulakan rawatan sewajarnya.
Tumpuan kepada kawalan awal terhadap masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Mesti jumpa doktor secara kerap dan memantau tahap perkembangan.
Tahap 2
- Kerosakan buah pinggang bertambah
- Bacaan eGFR (ml / min) : 60 – 89
- Bacaan eGFR (ml / min) : 2.0 – 1.5
Pada tahap 2, doktor akan memantau untuk melihat darjah kecepatan kerosakan itu.
Teruskan tumpuan terhadap masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Mesti jumpa doktor secara tetap dan kerap.
Tahap 3
- Kerosakan buah pinggang tahap sederhana
- Bacaan eGFR (ml / min) : 30 – 59
- Bacaan eGFR (ml / min) : 5.0 – 2.1
Pemantauan akan diteruskan pada tahan ini untuk melihat tahap komplikasi buah pinggang yang rosak.
Rawatan segera akan dimulakan, jika perlu.
Pemantauan mesti diteruskan.
Tahap 4
- Kerosakan buah pinggang sederhana teruk
- Bacaan eGFR (ml / min) : 15 – 29
- Bacaan eGFR (ml / min) : 8.0 – 5.1
Doktor akan mula menilai jenis rawatan yang sesuai jika kerosakan semakin teruk.
Rawatan dan pemantauan kesihatan akan diteruskan secara intensif.
Tahap 5
- Tahap kronik – buah pinggang gagal berfungsi
- Bacaan eGFR (ml / min) : Bawah 15
- Bacaan eGFR (ml / min) : 8.1 atau lebih
Hemodialisis akan dimulakan atau pemindahan buah pinggang mungkin perlu dilakukan pada tahap akir ini. Doktor akan meneruskan rawatan mengikut prosedur standard untuk pesakit buah pinggang kronik.
Perlu diingat bahawa rawatan pada tahap awal mesti tidak diremehkan. Sila ambil berat. Beri fokus kepada gejala penyakit berkaitan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi.
Rutinkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pemantauan kesihatan yang lebih kerap bagi mengelak komplikasi.
Jangan ambil ringan walaupun berada pada tahap awal. Ini kerana gejala buah pinggang kronik atau Chronic Kidney Dease (CDK) mungkin sukar diramalkan pada peringkat awal, kecuali sehingga ia sudah benar-benar serius.
Dan, ambil peduli soal penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk berhenti merokok serta melazimkan aktiviti riadah, amalan pemakanan sihat, mengurangkan stres dan pastikan kuantiti serta kualiti tidur yang cukup.
0 Comments on “Tahap Penyakit Buah Pinggang”